BAHAN-BAHAN
500gm ayam – potong saiz sederhana
2 biji cili api
3 ulas bawang merah
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 sudu kecil jus limau kasturi
1 genggam daun ulam raja
Secukup rasa garam dan serbuk lada hitam
CARA MENYEDIAKAN
- Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan gaulkan dengan ayam, jus limau nipis, daun ulam raja dan sos tiram sehingga sebati.
- Kemudian balut dengan kertas aluminium dan bakar sehingga ayam masak. Hidangkan.
