SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Singgang antara masakan yang sangat mudah disediakan. Selain rasanya yang sedap, penyediaan bahan mentahnya juga tidak remeh. Tahukah anda, di Filipina singgang di kenali sebagai sinigang. Ada sedikit perbezaan dengan singgang kerana sinigang  menggunakan banyak sayuran.

Orang Filipina lebih gemar menggunakan ikan berisi putih dan lembut seperti siakap serta ikan senangin. Sinigang ada sedikit persamaan dengan asam rebus kerana ia menggunakan air asam jawa dalam kuahnya. Masakan berkhasiat ini sesuai bagi mereka yang berdiet dan mementingkan kesihatan badan.

Asal usul sinigang dikatakan berasal dari Pulau Visayas dan Mindanao. Selain menggunakan air asam jawa, boleh juga digantikan dengan buah belimbing buluh, mangga muda dan  air perahan limau kasturi. Selain ikan, boleh juga menggunakan daging dan udang untuk sinigang. Manakala sayuran pula, terdiri daripada bendi, keladi, kangkung, terung, cili hijau dan kacang panjang.

Masakan ini juga tidak ubah seperti sayur asam yang popular di Indonesia. Bezanya sayur asam tidak menggunakan ikan tetapi cuma sayuran. Resipi kuahnya agak mudah, hanya menggunakan hirisan halia, bawang dan bancuhan air asam jawa. Kemudian dicampurkan air dan direbus selama setengah jam. Setelah itu barulah dimasukkan ikan dan sayuran pilihan, gula dan garam. Biasanya mereka menggunakan sos ikan sebagai perasa tambahan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan