Kehijauan Semulajadi Di Philea Resorts & Spa Ayer Keroh

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Alami percutian yang sangat hebat ini..! Anda pasti terpegun dan tidak sabar untuk menikmati suasana tenang lagi mendamaikan sambil menghirup udara segar. Lupakan seketika tugasan di pejabat. Rehatkan minda.

Melangkah masuk ke resort yang menawarkan penginapan eksklusif ini, terasa diri bagaikan berada di sebuah desa Inggeris di luar negar.  Resort mewah bertaraf lima bintang ini di kelilingi kehijauan pokok  dan pasti anda terpegun dan tertarik melihat keunikkan seni binanya. Uniknya resort ini dibina menggunakan kayu pine log yang diimport, berserta 8,000 keping kayu landasan keretapi. Manakala 6,000 tan batu marble di datangkan khas dari Perak.

Resort mewah seluas 15 hektar ini turut di kelilingi 3,000 pokok pelbagai spesis untuk mengekalkan kehijauan taman secara semulajadi. Bagi merealitikan suasana desa Inggeris yang sebenar, dibinanya sungai serta air terjun buatan. Sayup-sayup kedengaran deruan air terjun serta aliran sungai yang mengalir, yang boleh didengari dari arah resort berdekatan. Suasana itu cukup menggasyikkan. Resort ini bukan sahaja yang terluas di Malaysia, bahkan di Asia.

Anda tidak perlu bimbang jika ingin melewati atau merentasi dari satu resort ke satu resort, kerana perkhidmatan buggy di sediakan. Bagi mereka yang mencintai kehijauan alam, boleh saja berjalan kaki sambil menyaksikan sendiri betapa indahnya suasana di resort ini.

Resort ini menawarkan penginapan sebanyak 201 bilik yang terbahagi kepada tiga jenis rekaan yang berlainan bentuk iaitu Pavilion yang mempunyai 180 bilik, Philea Suite 19 bilik dan Royal Villa 2 bilik.

Inilah Pavillion Room yang mendamaikan untuk merehatkan badan.

Kami tertarik dengan rekabentuk resort dua tingkat ini. Dek kerana resort ini diperbuat daripada kayu pine log, suasana bilik sentiasa sejuk terutamanya di sebelah malam. Pastinya anda akan nyenyak tidur.
Bagi mereka yang inginkan percutian ini benar-benar privasi tanpa sebarang gangguan, Royal Villa adalah pilihan yang sangat tepat. Segala kemudahan di sediakan di Royal Villa antaranya urutan spa, hiburan dan kolam renang secara eksklusif. Antara kemudahan penginapan bilik yang disediakan antaranya 24 jam servis bilik, wifi,mini bar dan kopi.

Pemandangan di ruang kolam renang di Royal Villa.

Bagi anak-anak pula, sudah semestinya kolam renang menjadi pilihan. Bagi memudahkan pengunjung resort bersantai, gazebo turut di sediakan. Sambil mandi manda, bolehlah memesan minuman atau pun snek di Bayu Cabana. Selain Bayu Cabana terdapat empat lagi restoran antaranya Cravo Cravo, Nusantara, Chillout Bar dan Tropics Lounge yang menawarkan citarasa yang berbeza.

Jika terasa letih kunjungi Tanjung Wellness Spa. Aroma terapi urutan badan menggunakan rempah ratus serta minyak wangian cukup mempesonakan.

Antara kemudahan lain yang ada di sini, antara Viva & Voila Karaoke, Permainan Kanak-Kanak Philikidz, perkhidmatan sewa kereta, dobi, kurier,gym dan pelbagai aktiviti rekreasi. Pilih saja yang mana anda suka…!
Phile Resort & Spa ini turut memenangi pelbagai anugerah antaranya Resort Log Pertama dan Resort Log Terbesar oleh Malaysia Book Of Records, Hotel Hijau Terbaik oleh Persatuan Pelancongan Melaka, Jenama Terbaik Sepanjang Tahun oleh Anugerah Jenama Global Golden, Anugerah Cemerlang Perancangan Rekabentuk Terbaik oleh Institut Lanskap Arkitek Malaysia (ILAM) dan 10 Hotel Mesra Terbaik oleh Agoda.Com. Wow…hebatkan…!
Kunjungi dan rasai percutian yang sebenar di Philea Resorts & Spa. Anda tidak perlu bersusah payah atau bimbang apabila menginap di resort ini kerana segala kemudahan telah tersedia. Ia terpulang kepada anda. Segalanya ada di sini!

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan