AL-NAFOURA JANJI RASA ASLI ARAB
ArticleTentu ramai peminat makanan arab kan? Apa kata anda bawa keluarga mencuba menu arab asli di Al Nafoura. Menikmati roti mulawwah panas-panas dicicah bersama hummus pasti menyelerakan. Selain itu, terdapat pelbagai menu lagi yang menanti peminat makanan arab di sini.
- Mula beroperasi sejak Januari 2015.
- Di buka dari 11.30 pagi hingga 10 malam setiap hari. Namun setiap isnin minggu ke dua setiap bulan restoran akan di tutup.
- Menyajikan resipi asli dari Arab. Tukang masak didatangkan khas dari Yemen untuk memberikan cita rasa sebenar dari Arab.
- Sajian yang segar dimasak setiap hari.
- Antara menu yang sering mendapat permintaan iaitu oqda, ful qabilah, maghout, saltah, fahsa, shakshouka dan mugagal.
- Selain itu, terdapat tiga jenis nasi mandy, kabsah dan haneeth. Menggunakan beras basmathi namun ketiga-tiga sajian ini berbeza rasa. Diberi pilihan sama ada ayam atau pun kambing.
- Menu yang istimewa di sini iaitu madghout, hanya di sediakan selepas menerima tempahan dari pelanggan. Ini kerana ia memerlukan masa selama 20 minit untuk disediakan. Kambing RM44 (1/2 kg) dan RM79 (1 kg). Ayam RM 39 (1/2 ekor) dan RM68 (1 ekor)
- Menyediakan lebih 30 sajian yang pastinya mengujakan selera anda, bermula dengan pembuka selera hinggalah pencuci mulut.
- Manisan melengkapkan hidangan seperti areeka, kunafe, cream caramel dan brownies menjadi pilihan.

Dimiliki oleh Wan Izana Rozana Wan Ahmad dan suaminya, Ibrahim Salleh

Mugagal

Nasi mandy antara menu yang menjadi pilihan pengunjung restoran.

Lemon mint

Alnafoura Kuala Lumpur
9G, Plaza Wangsa Maju (Hedgeford Galleria)
Jalan Maju Ria 2, Wangsa Maju , Seksyen 10
IG: alnafourakl
Archives
Calendar
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
Categories
- Advertorial
- Arkib Saji
- Ayam & Daging
- Berita Saji
- Biskut & Kek
- Dunia Kulinari
- Hotel & Resort
- Info, Tip & Petua
- Kuih Muih
- Makanan Laut
- Mi & Pasta
- Minuman
- Pembuka Selera
- Pencuci Mulut
- Resipi Saji
- Restoran & Kafe
- Roti & Pastri
- Saji Singgah
- Saji Sukses
- Sambal
- Santai
- Sayuran
- Step By Step
- Telur
- Uncategorized
- Video

