SOTONG GORENG TELUR MASIN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

500 gm sotong

1/2 cawan tepung jagung

1 sudu kecil serbuk lada hitam

 

BAHAN B

3 sudu makan mentega

2 pelepah daun kari

5 tangkai cili padi – cincang

Secubit gula

1 kiub ayam

2 biji telur masin yang telah direbus – ambil yang kuning sahaja & hancurkan

 

CARA :

 

  1. Bersihkan sotong dan potong bulat.
  2. Campur lada hitam dengan tepung jagung dan golek sotong ke dalam tepung tersebut.
  3. Goreng sotong tersebut dengan minyak panas, sebentar sahaja. Jika terlalu masak tekstur sotong tersebut akan keras.
  4. Cairkan mentega dengan api kecil, lalu masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan sambil terus dikacau.
  5. Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.
  6. Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam adunan kuning telur. Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan hidangkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan