BAHAN A
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi
2 tangkai cili besar
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
3 cm belacan
BAHAN B
1 kg kerang segar
Satu papan petai
1 labu bawang besar – hiris bulat
CARA :
- Bersihkan kerang, rebus dan keluarkan isinya. Ketepikan seketika.
- Kisar semua bahan A dan Tumis hingga wangi dan terbit minyak.
- Masukkan bawang besar dan petai sambil dikacau.
- Masukkan pula gula serta garam dan masaklah hingga agak kering.
- Akhir sekali masukkan pula isi kerang sambil di kacau hingga masak.