BAHAN A
5 ulas bawang putih – tumbuk
5 ulas bawang merah – tumbuk
1 sudu besar biji sawi
2 cm halia – tumbuk
1 1/2 cawan minyak untuk menumis
BAHAN B
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
1/3 sudu besar halba – sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar biji jintan putih – sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar biji jintan manis – sangai dan tumbuk
1 sudu besar ketumbar – sangai dan tumbuk
BAHAN C
3/4 botol cuka
500 gm gula
Sedikit garam
BAHAN D
500 gm jeruk campur
BAHAN TABUR
3 sudu besar bijan – sangai
2 sudu besar biji sawi – sangai
CARA
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumiskan bahan A sehingga garing.
- Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
- Biarkan seketika sehingga mendidih dan berbuih-buih air gula.
- Selepas itu, masukkan bahan D dan diikuti dengan bahan tabur. Gaul sedikit supaya bercampur. Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur.
- Apabila sudah mendidih, terus padamkan api.Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut.Pastikan tiada air digunakan. Air dari buah-buahan akan sendirinya keluar sebagai kuah.
PESAN SAJI : Gula boleh juga digantikan dengan gula merah jika suka.