1. Panaskan kuali dan tumis semua bahan hingga wangi dan pecah minyak.2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk cili.3. Kemudian masukkan santan, kacau perlahan-lahan.4. Masukkan gula perang, pes asam jawa kerisik dan garam secukup rasa.5. Bentangkan daun pisang, letakkan hirisan ulaman, hirisan terung dan sudukan pes rempah di atas daun pisang.6. Letakkan ikan di atas ulam dan sapukan lagi pes rempah. Lakukan sehingga selesai.7. Akhir sekali bungkus kemas dan sematkan dengan lidi. Kukus selama 30 minit atau sehingga ikan masak.