KEK KAHWIN PALING  MAHAL

Setakat ini kek perkahwinan paling mahal berharga RM270 ribu. Kek buah yang dibuat khas untuk perkahwinan Putera William dan Kate Middleton mempunyai tujuh tingkat dihiasi gula aising putih dan 900 bunga aising. Kek yang dihias Fiona Cairns itu direka dengan gubahan bunga aising tujuh jenis.

 

IKAN TILAPIA POPULAR DI USA

Selain udang, salmon dan tuna, ikan tilapia merupakan sumber protien keempat popular di Amerika Syarikat. Isi ikan yang kaya dengan omega -6 dan asid lemak bertindak memulihkan tisu badan yang rosak dan juga baik untuk otak.

 

RESIPI DAPAT SAMBUTAN RAMAI

Tanpa disangka biarpun resipi ini amat ringkas, tetapi a mendapat tanda `likes’ sebanyak 9000 dan seramai 233 ribu yang berkongsi status. Bunga kubis yang hanya dibakar sehingga bertukar bahagian luarnya masih mengekalkan kesegaran pada bahagian dalamnya.

 

BAHAYANYA TEH HIJAU

Selain mempunyai khasiat  yang baik untuk tubuh, tetapi perlu anda tahu teh hijau juga boleh menjejaskan kesihatan hati.

 

KEPINGAN INI BUKAN 100 PERATUS KENTANG

Jika anda biasa makan kepingan kentang goreng seperti ini, perlu anda tahu bahawa ia bukanlah hirisan kentang yang digoreng. Kepingan ini diperbuat daripada campuran jagung, gandum, kepingan kentang dan beras. Kesemua bahan disebatikan dan dipotong nipis mengikut cetakan khas agar ia nampak seperti kepingan hirisan kentang yang nipis. Sebenarnya makanan ringan ini hanya mempunyai lima puluh peratus kandungan kentang sahaja.

 

TEMBIKAI DAN KEJU

Biasanya tembikai dimakan begitu sahaja selain dijadikan jus, ia juga boleh dijadikan salad dan dimakan bersama keju feta. Bagi menambahkan lagi keenakannya, anda juga boleh taburkan sedikit daun pudina ataupun selasih.