Kulit Terang Tanda Nanas Terbaik

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Cuaca panas terik menyebabkan kita mudah terasa haus. Disebabkan itu, kebanyakan individu mendapatkan jus buah-buahan kerana mampu menghilangkan dahaga.

Selain itu, ia berupaya mengembalikan kesegaran setelah seharian tersejat di bawah terik mentari. Antara buah yang terkenal sebagai ejen yang melegakan tekak akibat suhu panas ialah nanas.

Saat menggigit potongan buah nanas, rasa manis dan berjus itu pasti membangkitkan suasana seakan-akan bersantai dipantai tropika.  Namun bagaimana pemilihan buah nanas perlu dilakukan dengan teliti.

Untuk menentukan kriteria buah nanas yang sudah masak menerusi paras rupa seakan-akan sukar untuk di lakukan. Disini kami kongsikan cara memilih nanas terbaik.

1.Kulit

Pilih buah nanas ketika pemerhatian pada bahagian luaran. Buah nanas terbaik boleh dilihat pada kulitnya yang berwarna terang. Usah pilih kulit nanas yang kulitnya malap atau kelam. Warna nanas yang sudah masak ialah berwarna oren kekuningan yang gelap.

2.  Aroma

Buah nanas yang sudah masak ranum mengeluarkan aroma yang harum. Sebelum memilih buah nanas hidu dahulu kerana haruman nanas yang sudah masak mudah untuk dikenal pasti. Sekiranya bau nanas itu lebih kearah masam, kemungkinan besar ia sudah lama dan busuk.

3. Warna

Buah nanas yang masih muda berwarna hijau sudah boleh di petik. Namun, sekiranya ia dipetik ketika masih hijau, buah tersebut tidak akan masak ranum. Ia tidak akan mencapai tahan manis dan berjus. Oleh itu, pilih buah nanas yang benar-benar sudah masak ketika dipetik.

4. Saiz

Pilih buah nanas yang bersaiz besar. Setelah dibuang kulitnya, isi buah tersebut tidak begitu banyak. Buah nanas yang besar memiliki lebih banyak isi untuk di makan.

5. Layu

Daun yang terdapat pada buah nanas turut memainkan peranan bagi melihat keadaan  buah tersebut. Keadaan daun yang sudah layu menunjukkan ia telah lama masak. Oleh itu, pilih buah yang lebih segar kerana nanas lambat menunjukkan kesan penuaan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan