Skip to Content

Monday, June 26th, 2017
HONEST FOOD BY HONEST PEOPLE DI MAK INCHEK CAFÉ

HONEST FOOD BY HONEST PEOPLE DI MAK INCHEK CAFÉ

Saji Online

FOTO : ROHAIDA ZULKIFLI

Cukup santai dan tenang menikmati hidangan. Dekorasi elegan namun cukup minimalis. Pada fikiran Saji, Mak Inchek Café merupakan sasaran tepat golongan urban dan hipster untuk menikmati hidangan ala kampung. Dan cukup menggemparkan, harganya memang harga runtuh untuk café kawasan elit. Hanya RM9.90 untuk set hidangan.

Baru sahaja memulakan operasi pada April 2015, café ini cukup terkenal dengan menu pelbagai. Menu istimewa ditukar setiap hari dan apa yang pasti, lambat datang, memang menyesal tak sudah. Selain menu utama, café comel ini juga menyajikan hidangan seperti mee rebus, laksa johor, mee kari dan banyak lagi.

Dan ada satu keistimewaan café yang terletak di The Strand ini adalah menu petang. Hidangan seperti cekodok pisang bersama sambal tumis, cucur udang bersama kuah kacang dan lontong kering meletakkan kuih tradisional di satu tahap berbeza. Apa yang seronoknya, ia dihidangkan daripada kuali. Hmmm, sedapnya.

  

Previous
Next