Aneka Telur Kukus

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (pukul)
1 biji telur masin rebus (potong dadu)
1 biji telur pindang rebus (potong dadu)
1/2 bungkus tauhu jepun (potong dadu)
1 keping tauhu lembut (potong dadu)
100 ml air suam
Daun bawang (hiris)
Garam dan gula
1/2 sudu kecil kiub pati ayam
Lada putih
Sedikit minyak bijan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan dengan telur, garam, gula, air, pati kiub ayam, lada putih dan minyak bijan.
2. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan masukkan bahan yang dipotong dadu.
3. Kukus sehingga masak. Setelah masak, sejukkan dan hiaskan dengan daun bawang.
PESAN SAJI: Ketika mengukus, pastikan tiada titisan air terkena pada adunan.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 7918
Comments (1)

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.
| < Prev | Next > |
|---|





