Tauhu Makanan Laut

BAHAN-BAHAN:
150 gm isi ayam (cincang)
150 gm isi udang (cincang)
2 ketul tauhu Jepun
2 tangkai daun bawang (cincang)
2 sudu kecil tepung jagung
50 gm sengkuang cina (cincang)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil stok ayam
Minyak untuk menggoreng
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan isi ayam, isi udang, tauhu Jepun, daun bawang, sengkuang cina, garam dan stok ayam. Gaulkan adunan sehingga sebati.
2. Kemudian gunakan sudu sebagai acuan, letakkan adunan di dalam bekas dan kukus selama 10 minit.
3. Selepas itu keluarkan dan sejukkan tauhu tadi. Taburkan atau gaulkan sedikit tepung jagung di atas tauhu.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Set as favorite
Bookmark
Email This
Hits: 5408
Comments (0)

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.
| < Prev | Next > |
|---|





