1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Bengkang Roti Berdaging

PDF Print E-mail

User Rating: / 125
PoorBest 

Bengkang Roti Berdaging

BAHAN-BAHAN:

5 keping roti (buang kulit)

2 biji telur

100 gm sayuran campuran

50 gm bawang goreng

1/2 cawan tepung gandum

1 cawan susu segar

Daun sup/bawang

80 gm keju cheddar sagat

2 sudu besar marjerin

 

BAHAN DAGING:

200 gm daging kisar

2 sudu besar serbuk kari

Garam/gula

1 labu bawang besar (cincang)

1/2 sudu besar lada hitam (tumbuk)

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Mula-mula kita tumis bawang besar hingga layu, dan kemudian masukkan daging, dan serbuk roti.

2. Bubuhkan garam dan gula serta lada hitam.

3. Tumis hingga daging masak.

4. Sementara itu kita pukul telur dengan susu segar.

5. Masukkan roti yang dipotong nipis. Rendam.

6. Masukkan daging tumis ke dalam adunan roti berendam, bawang goreng, marjerin, keju, tepung, daun bawang dan sayuran campuran.

7. Gaul sebati, dan sapukan mentega pada acuan bakar. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit pada suhu 180oC.

 

PESAN SAJI: Kalau adunan pekat dan sukar diadun sebati, tuangkan lagi sedikit susu. Tapi jangan biarkan adunan terlalu cair.

Comments (3)Add Comment
5290
...
written by NUR AMYLIA BINTI BASRI, October 27, 2009
smilies/wink.gifbunyi cam best ja...cuti ni bleh try
0
...
written by kamisaji, October 27, 2009
tengok bengkang ni macam sedap ja hi...hi... smilies/cheesy.gif
0
...
written by zarinazainalabidin, November 08, 2009
leh saya tau, cara yang pertama tu, masukkan serbuk roti ke, serbuk kari ye?... saya kompius plak. serbuk roti takder dalam senarai bahan-bahan. tolong explain ye..tq

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk