1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Telur

Telur Semarang

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur rebus
3 cawan santan sederhana pekat
3 tangkai cili merah - tumbuk kasar
1 labu bawang besar - tumbuk
4 biji buah keras - tumbuk
1 sudu besar ketumbar - tumbuk
2 helai daun limau purut

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Tuangkan santan, masukkan telur dan daun limau purut.

3. Rasakan dengan garam. Biarkan ia mereneh sehingga kuah pekat.

Bayam Dadar

User Rating: / 6
PoorBest 

Bahan-bahan:

1 pokok bayam - ambil daunnya sahaja
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1/2 sudu kecil serbuk pala
2 biji telur
2 sudu besar susu segar - disatukan
1/2 cawan air
Secubit garam
Acuan gegelang untuk menggoreng
1/2 cawan minyak
50 gm mentega

Cara Menyediakan:

1. Celur daun bayam hingga lembut dan tuskan.

2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar. Pindahkan bawang ke dalam mangkuk kemudian masukkan daun bayam, serbuk pala, garam, telur dan bancuhan susu segar. Kacau hingga rata.

3. Letakkan acuan gegelang ke atas kuali leper dan masukkan sedikit mentega ke dalamnya.

4. Dengan api sederhana, tuangkan sesenduk adunan telur ke dalam acuan gegelang tadi. Masak sehingga garing sedikit baru dikeluarkan daripada gegelang dan terbalikkan. Goreng lagi hingga masak baru diangkat.

5. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur dan hidangkan panas-panas bersama sos cili.

Telur Malai Masala

User Rating: / 12
PoorBest 

Bahan-bahan:

6 biji telur - rebus
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil garam masala
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 sudu besar minyak sapi
4 tangkai cili hijau
Daun ketumbar - hiris
Garam

Cara Menyediakan:

1. Kisar cili hijau, bawang besar dan halia. Ketepikan.

2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.

3. Masukkan telur dan gaulkan sebati. Masukkan susu dan garam secukupnya. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar.

4. Taburkan garam masala. Enak dimakan bersama capati.

Telur Gulung

User Rating: / 26
PoorBest 

Bahan-bahan:

6 butir telur gred A
3 sudu minyak masak
100gm isi ayam - dikisar
3 ulas bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tangkai cili merah - dicincang
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada sulah
1 pokok daun salad
Mayonis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Pukul telur dengan sedikit garam.

2. Sapukan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan sesenduk telur. Lenggangkan kuali untuk membuat telur dadar. Apabila masak, angkat dan ketepikan. Ulangi proses sehingga telur habis.

3. Tumis bahan cincang untuk membuat inti. Bila bawang layu, masukkan isi ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata dan matikan api apabila ayam masak.

4. Biarkan sejuk, kemudian gaulkan dengan sedikit mayonis.

5. Ambil sehelai daun salad dan letakkan di atas telur dadar. Masukkan sesudu besar inti ayam dan gulung kemas. Ulangi proses sehingga habis.

6. Semasa menghidang, potong telur menyerong, hiaskan dan sajikan bersama cili sos.

Telur Uncang

User Rating: / 160
PoorBest 
Telur Uncang

Daftar Masuk