1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Sayuran

Sayur Bungkus

User Rating: / 1
PoorBest 

Bahan-bahan:

70 gm bunga kubis - dipotong kecil
70 gm brokoli
1 batang lobak merah
6 biji cendawan butang
6 biji sengkuang cina
8 keping cendawan kering
4 keping tauhu goreng
1 keping fucuk - direndam hingga kembang

Bahan-bahan Perisa:

2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
2 sudu besar gula
1/2 mangkuk air atau air rebusan ayam
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu besar tepung jagung

Cara Menyediakan:

1. Panaskan dua sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua jenis sayur kecuali kepingan fucuk. Masukkan bahan-bahan perisa kecuali tepung jagung dan masak dengan api yang perlahan selama 10 minit. Angkat dan ketepikan.

2. Fucuk dilap kering kemudian dibentangkan di dalam mangkuk. Masukkan sayur yang digoreng tadi dan bungkus hingga kemas kemudian kukus selama 10 minit.

3. Alihkan bungkusan sayur ke dalam pinggan kemudian potong menyilang di bahagian atas sebelum dilipatkan keempat-empat penjurunya ke bawah.

4. Jerang air rebusan ayam hingga mendidih dan masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul. Bila kuah menjadi pekat, tuangkan ke atas sayur dan hidang.

Salad Kentang

User Rating: / 6
PoorBest 

Bahan-bahan:

500 gm ubi kentang - dibuang kulit dan dibelah 4
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji lada benggala - dihiris kasar
1 labu bawang besar - dihiris kasar
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk sos:
(Disatukan)

150 gm mayonis
1 sudu kecil mustard Dijon
3 sudu besar sos tomato

Cara Menyediakan:

1. Masukkan satu setengah cawan air panas ke dalam mangkuk, masukkan kentang dan rebus hingga masak. Angkat dan tuskan.

2. Satukan ubi kentang dengan serbuk lada hitam, lada benggala, bawang besar, garam dan bahan-bahan sos, kemudian gaulkan hingga rata.

Salad ini enak diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi atau roti.

Sambal Sulur Keladi

Bahan-bahan:

Seikat sulur keladi
100 gm ikan bilis - ditumbuk
25 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang kecil - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
Garam dan serbuk perasa
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Bersihkan sulur keladi (siat kulit dan potong memanjang, ukuran ikut suka). Kemudian rebus sampai lembut.

2. Tumiskan ikan bilis, apabila hampir garing masukkan bahan kisar. Kemudian masukkan air asam jawa dan sulur keladi.

3. Masukkan garam dan serbuk perasa dan biarkan mereneh seketika.

Sosej Goreng Rampai

User Rating: / 6
PoorBest 

Bahan-bahan:

5 batang sosej - dipotong menyerong
50 gm kobis bunga - dipotong kecil
1 batang timun Jepun - dibelah dan dipotong kecil
3 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar sos tiram
3 batang jagung muda - dipotong kecil
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak, masukkan sosej. Setelah beberapa minit, tumis pula bawang putih dan bawang merah dalam kuali yang sama. Kacau sebati.

2. Setelah naik aroma, masukkan sos tiram dan air.

3. Masukkan kesemua sayuran-sayuran lain. Kacau sedikit dan perisakan dengan garam sebelum diangkat untuk dihidangkan.

Masak Tempoyak Daun Kayu

User Rating: / 7
PoorBest 

Bahan-bahan:

3 helai daun kunyit
1 cekak daun pucuk ubi
4 helai daun pucuk kaduk
4 helai daun pucuk labu
4 helai daun semangun
20 ekor ikan bilis
20 tangkai cili padi - tumbuk
3 papan petai
3 batang serai - diketuk
2 cawan santan
2 senduk besar tempoyak
2 cm kunyit hidup - tumbuk
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan;

1. Semua daun kayu dihiris halus seperti membuat bunga rampai. Petai dibelah dua dan dititik.

2. Cili padi dan kunyit ditumbuk. Campurkan cili padi, kunyit, tempoyak, serai dan santan. Kacau rata dan tambahkan ikan bilis. Masak dengan api sederhana.

3. Apabila mendidih, masukkan petai dan daun-daun kayu yang telah dihiris. Masukkan garam dan kacau hingga pekat.

Daftar Masuk