Hidangan Pencuci Mulut
Puding Buih

Bahan-bahan:
30 gm agar-agar
2 biji putih telur
1 helai daun pandan
2/3 cawan gula
2 tin buah-buah koktel
Pewarna merah
Untuk Kuahnya:
1 tin susu cair
1 biji kuning telur
1 helai daun pandan
Sedikit susu pekat manis
1 sudu besar kastard
1 1/2 cawan air
2 biji kuning telur
Cara Menyediakan:
1. Masak agar-agar dengan 3 mangkuk air dan daun pandan. Apabila hancur masukkan gula dan masak lagi hingga larut.
2. Pukul telur putih yang sudah diambil kuningnya untuk membuat kuahnya hingga kembang. Tapis agar-agar ke dalam mangkuk telur tambahkan pewarna merah. Kacau hingga suam. Sejukkan bekukan di dalam acuan.
3. Sediakan periuk, satukan bahan kuah, kacau atas api hingga mendidih dan sejukkan.
4. Keluarkan agar-agar ke dalam pinggan, tuangkan kuah dan tabur buah-buahan koktel.
Jeli Bersagu

Bahan-bahan:
(Lapisan Bawah)
50 gm kristal jeli perisa ceri
2 cawan air panas
(Lapsan Atas)
1 sudu besar sagu - disiram air agar kembang
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu kecil tepung kastard
3/4 cawan gula
Cara Menyediakan:
1. Kristal jeli dikacau dengan air panas sehingga larut, kemudian dituang ke dalam acuan atau gelas koktel. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Setelah agar-agar beku, baru sediakan bahagian sagu. Masak sagu dengan air hingga jernih.
3. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air supaya tidak berketul sebelum dicampurkan dengan gula dan susu cair, kemudian tuangkan ke dalam sagu. Kacau hingga gula larut, dan angkat. Tambah air jika terlalu pekat.
4. Setelah masak, tuangkan ke atas jeli.
Jeli Kopi

Bahan-bahan:
50 gm agar-agar
3 liter air
700 gm gula
200 gm susu pekat manis
100 gm pes kopi
Cara Menyediakan:
1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar dan gula.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
3. Satu adunan diwarnakan dengan pes kopi (gelap), satu lagi diwarnakan pes kopi dan susu, manakala satu adunan diwarnakan dengan susu sahaja. Satu lagi di sarnakan dengan pes kopi (cerah).
4. Tuangkan warna gelap ke dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk sedikit baru dituangkan adunan kopi bersusu. Setelah sejuk tuangkan pula lapisan ketiga dan seterusnya lapisan keempat.
4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Talam Tako

Bahan-bahan:
(Bahagian Putih)
50 gm tepung green pea
100 gm gula kasar
1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan
Secubit soda bikarbonat
Secubit garam
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Bahan-bahan:
(Bahagian Hijau)
100 gm tepung green pea
200 gm gula kasar
5 cawan air daun pandan
Secubit soda bikarbonat
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Cara Menyediakan:
1. Gunakan dua periuk yang berasingan. Masukkan bahagian putih ke dalam periuk pertama dan bahagian hijau ke dalam periuk kedua. Kacau serentak di atas api yang sederhana.
2. Bila adunan menjadi kental, tuangkan adunan hijau ke dalam loyang berselang-seli dengan adunan putih seperti membuat kek marble. Biarkan sejuk baru dipotong.
Nota: Tepung green pea boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Ada dua jenis tepung green pea, satu berwarna putih dan satu lagi kekuningan. Untuk resipi ini, gunakan yang putih.
Puding Cendol

Bahan-bahan:
2 cawan cendol
30 gm agar-agar
2 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
4 biji putih telur
3 helai daun pandan - basuh, siat dan simpul
2 cawan air
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Didihkan agar-agar dan air hingga hancur lalu masukkan gula dan daun pandan biarkan mendidih lagi hingga larut.
2. Tapis agar-agar dan jerang semula di atas dapur dengan api yang kecil.
3. Pukul putih telur bersama santan hingga kembang. Tuangkan ke dalam agar-agar, campurkan garam bagi membangkitkan lemak dan kacau hingga sebati.
4. Tuskan cendol dan masukkan ke dalam adunan di atas, kacau perlahan-lahan. Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku.


