Hidangan Pembuka Selera
Sambal Lengkuas

Bahan-bahan:
2 cawan lengkuas - dipotong kecil
10 batang serai - dikisar
30 tangkai cili kering - dikisar
600 gm bawang besar - dimayang
300gm ikan bilis - ditumbuk jangan sampai hancur
1 biji kelapa - dijadikan kerisik dan dikisar
5 cm belacan - dikisar
5 cm halia - dikisar
Sedikit air asam jawa
3 senduk minyak masak
Cara Menyediakan:
1. Lengkuas dikisar dan direbus sehingga mendidih. Kemudian tapis, buangkan air didihannya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, ambil sebahagian bawang besar yang dimayang dan tumis hingga naik bau.
3. Campurkan kesemua bahan-bahan kisar, ikan bilis dan bancuh dengan air asam jawa.
4. Masak di atas api yang perlahan selama satu jam, tetapi hendaklah dikacau selalu agar sambal masak rata dan tidak hangit.
Telur Teratak Kasih

BAHAN-BAHAN KULIT:
1/2 kg kentang goreng | kisar
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun pudina | mayang halus
Sedikit garam
Minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN INTI:
250 gm daging cincang
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu besar tomato puri
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit daun ketumbar | mayang
Sedikit garam
BAHAN KISAR:
3 cm halia kisar
1 batang serai
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
BAHAN SALUT:
2 biji telur
Sedikit Quaker Oat
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan-bahan kulit dan gaulkan sebati. Ketepikan.
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan inti. Setelah sebati masaknya, masukkan ke dalam bahan-bahan kulit tadi.
3. Bulatkan dan celupkan dengan telur. Kemudian golekkan di atas Quaker Oat dan goreng sehingga kekuningan. Angkat, hias dan hidangkan.
Sambal Belacan Daun Kari

BAHAN-BAHAN:
5 tangkai - cili kering (rebus)
6 cm belacan bakar
20 helai daun kari
2 sudu kelapa parut
4 ulas bawang merah
1 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk cili kering dengan belacan hingga halus, masukkan daun kari tumbuk hingga hancur dan masukkan kelapa parut, tumbuk lagi dan masukkan bawang tumbuk hingga kesemua bahan lumat.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya bersama jus limau gaul hingga sebati.
Info: Sekiranya digiling adalah lebih elok dan sedap, kerana bahan-bahan lebih lumat dan halus. Sambal ini adalah hidangan orang Melaka yang memang suka menggunakan cili kering untuk membuat sambal belacan.
Kapucino Cendawan Berkrim

Bahan-bahan:
30 gm cendawan butang segar
30 gm kentang
50 gm roti Perancis
10 gm lada benggala merah (panggang)
10 gm lada benggala hijau (panggang)
150 ml stok ayam
30 ml krim putar
10 gm bawang besar
10 gm kucai
10 gm seleri
15 gm mentega
Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan sayur-sayuran, cendawan, kentang dan stok ayam.
3. Renehkan hingga bahan tadi masak dan kisar.
4. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk, hiaskan dengan krim putar dan lada benggala panggang.
5. Hidangkan bersama roti.
(Dipetik daripada majalah Harmoni)


