Hidangan Nasi
Nasi Beriani Pandan

Bahan-bahan:
2 tin susu beras basmati - direndam 20 minit
2 tin susu air
2 cawan air rebusan daging
1/2 tin susu cair
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 cm halia - mayang dan tumis
5 ulas bawang merah - mayang dan tumis
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
6 ulas bawang merah - tumbuk halus
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil rempah masalah
3 tangkai putik jagung - potong nipis
2 batang lobak merah - didadu
2 helai daun pandan
Pewarna kuning dan hijau
Garam secukup rasa
Bahan Hiasan:
2 tangkai cili merah
1 helai daun pandan
Sedikit daun sup dan bawang
Badam goreng untuk ditabur di atas
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bawang yang telah dimayang hingga naik baunya. Masukkan bahan yang ditumbuk halus, kacau hingga naik minyak. Kemudian tambahkan daun pandan, air dan air rebusan daging. Biarkan mendidih dan masukkan susu cair serta beras, putih jagung dan garam secukup rasa.
2. Apabila nasi hampir kering, bahagikan kepada dua bahagian untuk diwarnakan kuning dan hijau.
3. Masukkan semula nasi yang telah siap diwarnakan dan tanak hingga masak.
4. Taburkan lobak merah, daun sup, limau purut dan daun bawang, cili merah dan badan goreng semasa menghidang.
Nasi Dagang Jagung

Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/4 kg daging
1/2 cawan jagung
2 sudu minyak sapi
2 biji buah tomato
Seulas bawang besar
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 cm halia muda
4 ulas bawang putih
3 sudu serbuk kari
1/3 cawan susu cair
1 mangkuk cendawan tiram
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Potong daging empat segi, anggaran 4 cm tebal. Tumbuk halia dan bawang putih. Hiris bawang besar.
2. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar, bunga lawang dan kayu manis. Biar sedikit garing dan masukkan serbuk kari dan daging.
3. Tumis daging biar sampai empuk, masukkan dua cawan air dan biarkan mendidih lima minit. Masukkan juga garam dan gula.
4. Masukkan jagung dan susu cair. Kemudian tuangkan beras, kacau rata dan tanak nasi biar sampai air mendidih, kecilkan api. Belah buah tomato dan masukkan ke dalam nasi yang mendidih.
5. Tunggu sehingga nasi masak. Kemudian buatkan lubang di tengah nasi dan masukkan cendawan. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak dan kering.
Nota: Jika gunakan beras basmati, sukatan beras dan air hendaklah sama. Manakala bagi beras biasa, air hendaklah dilebihkan setengah cawan.
Nasi Pilaf Sayur Berkacang

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmati
1 cawan santan
1 1/2 cawan air rebusan ayam
400 gm labu kuning - potong dadu dan rebus hingga empuk
2 biji terung panjang - potong dadu dan rebus hingga masak
125 gm putik jagung - belah dua
3 biji tomato - buang biji dan cincang
1 cawan kacang tanah - panggang
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
Garam secukup rasa
Bahan-bahan Menumis:
50 gm minyak sapi
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.2 sudu buah pelaga
2 sudu kecil biji sawi
2 cm halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dititik
4 ulas bawang merah - dimayang
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan beras dan tuskan.
2. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan-bahan menumis. Kacau hingga berbau harum dan masukkan beras. Kacau selama lima minit dengan api yang perlahan.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan santan. Biarkan mendidih.
4. Bila nasi kering, tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak.
5. Masukkan sayur-sayuran yang direbus, tomato, kacang tanah dan daun ketumbar. Gembur hingga rata dan hidangkan.
Nasi Harum Manis

BAHAN-BAHAN:
1kg beras wangi | cuci dan tuskan
1000 ml air
200 ml susu cair
5 sudu besar minyak jagung
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
100 gm halia | hiris
1/2 cawan isi jagung manis
1/2 cawan lobak merah | sagat
Sedikit rempah empat sekawan
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan hiris. Setelah naik bau masukkan rempah empat sekawan dan kacau sebati.
2. Kemudian air, garam dan daun pandan. Biarkan mendidih, selepas itu barulah masukkan beras serta susu. Kacau sebati. Tanak seperti biasa.
3. Apabila hampir kering, baru masukkan jagung dan lobak. Tanak sehingga masak. Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng.


