Hidangan Mi Dan Pasta
Lasagna Berinti Martabak Ayam

Bahan-bahan Inti:
200 gm daging ayam kisar
1 sudu kecil serbuk kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 tangkai daun kari
5 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sudu besar minyak zaitun
Garam dan serbuk lada sulah
Bahan-bahan Sos Bechamel:
100 ml susu segar
50 gm tepung gandum
50 gm mentega
Secubit serbuk pala
Bahan-bahan Martabak:
70 ml kepingan lasagna - direbus separuh masak
50 gm keju mozzarella
Cara Menyediakan:
1. Untuk membuat inti, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari. Kacau sehingga berbau wangi kemudian masukkan kesemua jenis rempah.
2. Kacau hingga garing dan masukkan daging ayam kisar, tomato, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga rata, bila daging masak, angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat sos bechamel, cairkan mentega dengan api yang kecil kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga kekuningan dan masukkan susu dan serbuk pala.
4. Biarkan mendidih sambil dikacai sehingga sos menjadi pekat. Padamkan api.
5. Untuk membuat martabak, masukkan lasagna ke dalam loyang pembakar berbentuk empat persegi. Tuangkan sos bechamel ke atasnya diikuti dengan inti ayam. Ulangi proses ini sebanyak 3-4 lapis.
6. Akhir sekali taburkan keju mozzarella ke atasnya kemudian bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 darjah Celsius.
7. Bila masak, sejukkan selama 15 minit kemudian bolehlah dihidangkan.
Mi Bakso

Bahan-bahan:
1 kg mi - dicelur
200 gm mihun - dicelur
1 kg tulang kaki lembu
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 cm halia - ditumbuk halus
1 sudu kecil serbuk perencah sup
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil jintan manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun bawang besar/leek - dikerat 1 cm
Garam dan lada sulah secukup rasa
Untuk Bakso (Bebola Daging):
500 gm daging lembu kisar
2 sudu besat tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
Untuk Taburan:
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1 tangkai daun sup - dihiris halus
15 tangkai cili padi - ditumbuk
Bawang goreng secukupnya
5 biji limau kasturi
Kicap dan sos tomato
Cara Menyediakan:
1. Tulang kaki lembu direbus dengan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Masukkan bahan-bahan tumbuk, serbuk perencah sup, kulit kayu manis, jintan manis, bunga cengkih, bungan lawang dan buah lepaga. Apabila daging empuk, masukkan garam, serbuk lada sulah dan daun bawang besar. Kacau dan angkat.
2. Untuk membuat bakso, campurkan kesemua bahannya dan gentel bulat-bulat. Jerang air, bila mendidih masukkan bebola daging. Biarkan hingga timbul, angkat dan tuskan.
3. Untuk menghidang, masukkan mi dan mihun ke dalam mangkuk. Masukkan beberapa biji bakso dan tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng secukupnya. Masukkan kicap, sos tomato dan cili api tumbuk kemudian perahkan jus limau kasturi. Akhir sekali masukkan kuah dan hidang panas-panas.
Spageti Bolognaise Bersos Ayam

Bahan-bahan:
500 gm spageti
800 gm dada ayam - dicincang halus
400 gm bawang besar - dicincang halus
250 gm daun saderi - dicincang halus
80 ml minyak zaitun
400 gm pes tomato
50 gm tepung gandum
10 gm herba kering oregano
10 gm herba kering thyme
5 gm herba kering sage
10 gm herba kering rosemary
3 keping daun bay
600 ml air rebusan ayam
400 ml sos perang ayam
50 gm serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Rebus spageti di dalam periuk. Masukkan sedikit mentega atau minyak untuk mengelakkan spageti meletkat. Bila spageti lembut, tuskan dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan isi ayam yang dicincang halus dan kacau hingga masak.
3. Di dalam periuk yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang dan daun saderi sehingga naik bau. Masukkan daun bay dan herba-herba kering kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan tepung dan kacau lagi hingga sebati kemudian tuangkan air rebusan ayam, sos ayam perang, garam, serbuk lada sulah dan isi ayam yang sudah dimasak. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih di atas api yang sederhana.
Mi Rebus

Bahan-bahan:
1 kg mi kuning - direbus
1/2 kg tauge
2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan taucu - basuh dan kisar halus
Gula dan garam secukup rasa
200 gm kacang tanah - dikisar halus
50 gm serbuk lada
300 gm daging cincang
4 liter air
3 labu bawang besar - dihiris
10 ulas bawang putih - dikisar
4 biji buah keras - dikisar
2 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
150 gm ikan bilis (halus) - direbus dan kisar
200 gm udang geragau - direbus dan kisar
Bahan Tabur:
Tauhu goreng - dipotong dadu
Daun sup, daun bawang, cili hijau - hiris
Bawang goreng
Telur rebus, limau kasturi - dibelah
Kicap
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis daging cincang dan balik-balikkan hingga kuning serta garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang hiris dalam lebihan minyak gorengan daging, apabila garing masukkan bahan kisar, serbuk lada dan air.
3. Biar mendidih hingga naik minyak. Sendukkan minyak ke dalam mangkuk lain dan biarkan kuah yang masih di dalam periuk berada di atas dapur. Masukkan kacang, taucu, garam, gula, serai, lengkuas dan halia, biarkan mendidih sekali lagi. Campurkan tepung, kacau rata dan iarkan sehingga mendidih.
4. Tutup api dan tuangkan minyak yang telah diasingkan di dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
Mi Dadar

Bahan-bahan:
3 biji telur
2 sudu besar susu cair
1 tangkai daun bawang - dimayang halus
1 sudu kecil serbuk lada sular
2 1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
3 bungkus mi kering
1 kiub perasa ayam
Cara Menyediakan:
1. Pukul telur sebentar, masukkan susu, daun bawang, serbuk lada sulah dan kiub perasa ayam, pukul lagi.
2. Didihkan air, celur mi kering hingga lembut. Tuskan airnya.
3. Masukkan mi ke dalam telur. Panaskan minyak sebanyak dua sudu besar. Tuangkan campuran mi dan dadar, biarkan keemasan dan balikkan.
4. Angkat dan hidangkan bersama sos kicap bercili.
Sos cili Berkicap
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu besar udang kering - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1/2 cawan sos tomato
1 sudu besar minyak
Kicap dan gula secukup rasa
1 sudu besar kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak dalam periuk kecil, tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan cili dan kacau hingga naik minyak.
3. Seterusnya masukkan sos tomato. Perisakan dengan kicap dan gula.
4. Taburkan kacang tanah dan hidangkan bersama mi dadar.


