1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Kuih-muih

Samosa Pakistan

Bahan Kulit:

100 gm tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
60 gm marjerin
2 sudu besar yogurt asli


Bahan Inti:

2 biji kentang kecil - kupas kulit dan potong dadu
1 labu bawang besar - dicincang
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan Kulit:

1. Ayak tepung, garam halus dan serbuk penaik, campurkan jintan putih, serbuk lada hitam serta lada putih, kemudian gaul dengan marjerin dan yogurt. Uli hingga menjadi doh yang lembut.


Cara Menyediakan Inti:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan masukkan rempah kari diikuti sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.

2. Masukkan ubi kentang, kacau sebentar dan tutup sehingga empuk dan kuahnya agak kering. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.


Cara Menyediakan Samosa:

1. Bahagikan doh menjadi bebeola kecil sebesar 2 cm. Canai setiap bebola setelah 2 mm. Potong dua dan isikan inti, kemudian lipat berbentuk segi tiga. Basahkan hujung lipatan dengan air dan cantumkan kemas agar tidak terbuka.

2. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.

Popia Basah

User Rating: / 6
PoorBest 

Bahan Kulit Popia:

600 gm tepung gandum
600 gm air
1 sudu kecil cuka
2 sudu kecil minyak jagung
1 1/2 sudu kecil garam

Bahan Inti Popia:

300 gm sengkuang - diparut kasar memanjang
1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang
5- gm udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus
100 gm udang segar - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - dicincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
100 gm kacang pancang - dipotong kecil nipis
200 gm tauge
2 biji telur - digoreng hancur
Sedikit bijan - disangai
Sedikit kacang tanah - disangai dan ditumbuk
Sedikit bawang goreng

Bahan Sos:

50 gm cili kering - dikisar halus
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
Sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa
100 gm isi betik dikisar halus untuk memekatkan kuah

Cara Menyediakan Kulit:

1. Untuk kulit popia; satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian perapkan aduanan sekurang-kurangnya empat jam. Pastikan adunan ini tidak bergentel atau 'bertali'.

2. Dengan api sederhana, panaskan sedikit minyak jagung di atas pan panas, setelah betul-betul panas, lengserkan adunan di atasnya hingga terhasil kulit popia yang nipis.

3.Biarkan sehingga kulit popia benar-benar masak sebelum diangkat. Letakkan diatas pinggan dan tutup kulit popia dengan tuala lembap.

Cara Menyediakan Inti:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik aroma, kemudian masukkan udang segar.

2. Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuan dan tauge, gaul rata seketika. Masukkan udang kering dan garam secukup rasa.

3. Masukkan telur yang telah digoreng hancur, kacau seketika, angkat dan biarkan inti sejuk.

Cara Menyediakan Sos:

1. Satukan semua bahan dan masak seketika.

Cara Menyediakan Popia:

1. Ambil sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos di atasnya, isikan inti di tengahnya, taburkan bawang goreng, kacang tanah serta bijan dan gulung seperti menggulung kuih ketayap.

(Anda juga boleh menyapu sos dan menabur kacang, bijan dan bawang goreng di atas popia yang siap digulung)

Talam Pisang

Bahan Lapisan Bawah:

600 gm tepung beras kisar
4 1/2 cawan santan cair
1 cawan gula kisar
1 cawan gula merah atau melaka
7 biji pisang emas - dilecek lumat
1/2 sudu kecil garam halus

Cara Menyediakan:

1. Gaul tepung beras dengan santan cair, gula merah, garam dan gula hingga sebati, kemudian baru ditapis.

2. Masukkan pisang yang telah dilecek, kacau perlahan. Dengan api yang kecil, masak adunan hingga naik wap.

3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

Bahan Lapisan Atas:

5 biji telur
1 cawan gula kasar
5 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam halus
5 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna merah atau merah jambu

Cara Menyediakan:

1. Campurkan gula, telur dan garam, kacau hingga sebati.

2. Bancuh tepung sedikit demi sedikit dengan santan dan dikacau hingga sebati (tidak bergentel).

3. Campurkan dengan adunan telur tadi termasuk bahan lain, kacau sebati dan ditapis. Dengan api perlahan, masak adunan sehingga naik wap.

4. Tuangkan adunan di atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 15 minit.

5. Biarkan kuih talam benar-benar sejuk barulah dipotong.

Lopes Keledek

User Rating: / 3
PoorBest 

Bahan-bahan:

300 gm keledek - direbus
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 keping gula melaka (saiz besar) - dihiris
3/4 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara Menyediakan:

1. Campurkan ubi keledek dengan tepung ubi, kemudian uli hingga sebati. Bentuk bulat-bulat atau panjang.

2. Didihkan air di dalam periuk, masukkan lopes satu persatu hingga habis.

3. Apabila timbul di permukaan air, angkat dan toskan airnya.

4. Golek atas kelapa yang telah digaul garam.

5. Masak gula melaka dengan air serta daun pandan, biarkan hingga mendidih dan pekat sedikit.

6. Hidangkan dengan lopes.

Penkek Kelapa Pisang

User Rating: / 3
PoorBest 



BAHAN-BAHAN:

300 gm pisang masak ranum | kisar halus
100 gm tepung gandum
3 sudu besar kelapa parut
1/8 sudu kecil garam
30 gm gula kastor
1 sudu besar tepung beras

Cara menyediakan:

1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sebati.

2. Panaskan kuali dan sapu dengan mentega.

3. Dadarkan adunan di atas kuali dan masak sehingga kekuningan.

Daftar Masuk