1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Hidangan Kek

Span Lapis Kacang Merah

User Rating: / 3
PoorBest 

Bahan Kek Span:

250 gm tepung sponge mix
4 biji telur gred A
50 ml air
50 gm mentega yang dicairkan

Cara Menyediakan:

1. Pukul kesemua bahan (kecuali mentega cair) hingga gebu.

2. Masukkan mentega cair dan kaup balik hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan berukuran 16x16cm.

3. Bakar hingga masak.  Setelah sejuk, potong kepada tiga lapisan.

Bahan Krim:

130 gm gula pasir
1 sudu kecil jeli segera
1 sudu kecil serbuk agar-agar
3 sudu besar puri kacang merah
800 ml santan
Sedikit garam
40 gm tepung jagung

Cara Menyediakan:

1. Satukan kesemua bahan dan kacau di atas api yang perlahan hingga pekat.

2. Lapiskan di atas kepingan kek dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Kek Lapis Dewi

User Rating: / 14
PoorBest 

Bahan-bahan:

625 gm mentega (2 1/2 ketul)
175 gm tepung red rose atau superfine
350 gm gula halus
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
1 sudu kecil cream of tartar

Bahan Lapis:

Buah-buahan campuran

Cara Menyediakan:

1. Sediakan tiga bekas yang berasingan. Satu bekas diputar mentega sehingga kembang, bahagikan mentega kepada dua bahagian.

2. Satu bekas diputar kuning telur dan 300 gm gula halus sehingga kembang.

3. Manakala satu bekas lagi diputar putih telur, 50 gm gula halus dan cream of tartar sehingga gebu memutih.

4. Setelah ketiga-tiganya siap diputar, masukkan separuh adunan kuning telur ke dalam satu bahagian mentega, kacau dengan senduk kayu sehingga sebati (cepat dan seketika sahaja).

5. Kemudian masukkan separuh bahagian adunan putih telur, kacau perlahan dan masukkan sebahagian tepung yang telah diayak.

6. Masukkan baki mentega, kacau seketika.

7. Masukkan pula baki adunan kuning telur, kacau seketika.

8. Akhir sekali masukkan baki putih telur, kacau sebati.

9. Sendukkan sedikit adunan, leserkan pada acuan empat segi.

10. Bakar pada api atas bawah sehingga masak, leserkan sesenduk adunan lagi, kali ini bakar pada api atas sahaja selama tiga minit.

11. Ulangi sehingga lima kali proses melapis.

12. Masuk lapisan keenam, setelah dileserkan adunan, tabur buah-buahan campuran. Bakar pada api atas sahaja.

13. Lakukan proses yang sama sehingga habis, tetapi untuk setiap lapisan, jangan lupa taburkan buah-buahan campuran.

14. Untuk lapisan paling atas, bakar pada api atas dan bawah sehingga kekuningan.

Kek Lapis Kukus Seri Kaya

User Rating: / 938
PoorBest 

Kek Lapis Kukus Seri Kaya

Banana Tiramisu Gateaux

User Rating: / 239
PoorBest 
Banana Tiramisu Gateaux

Brownies Coklat

User Rating: / 261
PoorBest 
Brownies Coklat

Daftar Masuk