1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Menu Tunku istimewa dari Hotel Federal KL

PDF Print E-mail

User Rating: / 1
PoorBest 

Written by Rosli Manah Wednesday, 03 August 2011 16:19

Anda mahu mencari vanue berbuka puasa yang ada nostalgia sepangang Ramadan dan bulan kemerdekaan ini? Kalau itu yang anda cari singgahlah berbuka puasa di Hotel Federal Kuala Lumpur.

Mengapa? Kerana hotel bersejarah itu turut menerapkan semangat kemerdekaan sepanjang majlis berbuka yang diadakan di Verendah Restaurant sehingga 24 Ogos ini.  Mereka menamakannya Citra Rasa Malaysia.

Ada lagi yang istimewa. Pihak hotel turut menyediakan beberapa masakan daripada resepi kegemaran Perdana Menteri Malaysia pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Resipi itu ada dalam buku yang diterbitkan oleh pihak hotel berjudul Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku.

"Bukanlah semua masakan daripada buku ini yang akan dihidangkan. Kita pilih mana-mana resipi yang sesuai dan akan bertukar setiap masa," kata chef jemputan, Chef Harmizie Mohamed.

Antara resipi Tunku yang disajikan kepada pengunjung ialah ayam golek, ayam kurma, daging bakar, sambal petai bilis dan beberapa lagi.

Citra Rasa Malaysia menyediakan lebih 100 jenis juadah dengan memuatkan masakan istimewa kaum Melayu, India dan Cina. Tak lupa juga masakan Barat dan Arab.

Antaranya termasuk nasi bukhari kambing panggang, spegati, ikan masak majerin, kapak ayam bakar, nasi kandar, sate, udang masak cili, burger ayam dan daging, ayam masak merah, nasi kerabu, nasi dagang, sotong sumbat pulut, rendang serta aneka mi. Kuih tradisional dan moden juga turut disajikan.

Ada juga juadah yang dimasak terus kepada pengunjung untuk memastikan pengunjung dapat rasa masakan yang masih panas dan segar. Beberapa gerai disediakan untuk memasak burger, dading bakar, tempura, dan beberpa lagi.

Jamuan makan malam berbuka puasa dengan harga serendah RM70++ dan RM40++ untuk warga emas. Kanak-kanak pula dengan harga RM35++

Untuk tempahan boleh hubungi 03-21489166 atau layari www.fhihotels.com. Hotel Federal juga menyambut ulang tahun sempena Ramadan kali ini kerana hotel itu dibuka pada 28 Ogos 1957, tiga hari sebelum Malaysia merdeka.

"Bulan Ogos ialah bulan kemerdekaan. Malaysia akan menyambut ulangtahun merdeka yang ke 54 pada 31 Ogos dan Hotel Federal pula menyambut ulangtahun ke 54 pada 28 Ogos," kata Pengarah Pemasarannya, Ooi Lee Ping.

 

 

 

 

 

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk