Jom belajar buat coklat
Anda meminati coklat dan mahu belajar cara membuat aneka coklat dengan pakar coklat? Kalau mahu jangan lepaskan peluang mengikuti kelas yang dianjurkan oleh School of Hospitality, Tourism and Culinary Arts, Kolej KDU, Damansara Jaya, Kuala Lumpur mulai 7 Februari 2009 ini.

Meriahnya coklat
Pihak penganjur mensasarkan golongan profesional, pembuat coklat di rumah, tukang masak serta peminat coklat untuk menyertaikelas yang mereka anjurkan.
Semua peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan selesa dan lengkap berkasut. Set pemula, apron, buku nota dan topi pakai buang disediakan kepada peserta.
Bahan-bahan memasak, peralatan turut dibekalkan semasa di dalam kelas. Bagaimanapun peserta digalakkan membawa alat tulis sendiri sebagaimana yang diperlukan.
Berapa yuran?
Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM100. Yuran kursus pula RM2998 untuk lapan sesi yang dijalankan selama lapan minggu. Ia termasuk kelengkapan dan bahan memasak yang dibekalkan. Bayaran hendaklah dibuat atas nama KDU College Sdn. Bhd.
Kelasnya setiap hari Sabtu pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Antara kursus yang bakal dipelajari ialah; All About Chocolate, Moulded Chocolate, Enrobed Chocolate, Clustered Chocolate, Chocolate Ganaché, Granola Bar, Croquant/Daim Bar dan Chocolate Box & Chocolate Roses.

Enaknya coklat kalau dibuat sendiri
Kelas dibuat secara demonstrasi oleh pakar cokolat serta teori pasal coklat. Turut diajar praktikal di dalam kelas oleh peserta sendiri. Peserta akan mendapat sijil KDU/IMI International Swiss Certificate in Basic Chocolate Making.
Sebarang pertanyaan pasal pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-7728 8123 dengan sambungan 414 (Chef Zam) dan sambungan 401 (Bhawani).

written by puteri3, January 07, 2009
Betul2....mahalnya....x mampu plak nak bayar yurannya...pastu zaman skrg, selalu jea org guna rege...RMXX99...98... ke...saje nak tarik org....
written by ani, January 09, 2009
written by balqis, January 12, 2009
written by yana_87, January 12, 2009
i pun minat sangat nak belajar buat coklat ni.sbb itu hobi i,selain pandai wak kek n pasry..i kat uk ni selalu mkn coklat.mat saleh2 pandai wak coklat.i ada beli buku buat coklat tau.tp i nak belajar gk..kurang la ckit yuran tu
written by Chef Zam, January 23, 2009
Kursus ni agak mahal sedikit kerana chocolate yang digunakan adakan jenis couverture yang diimport dari Belgium. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 32% cocoa butter jika dibandingkan dengan coklat masakan biasa yang berdasarkan gula yang tinggi dan hampir tiada kandungan cocoa butter yang berfungsi bagi mencantikkan serta menyedapkan rasanya. Perkakasan yang digunakan juga tinggi harganya dan para peserta akan dapat membawa pulang semua coklat yang dihasilkan selain dari mendapat satu set perkakasan untuk dibuat di rumah selepas tamat kursus. Chef Amer Hamzah ini adalah salah satu dari Master Chocolatier di Malaysia yang telah berjawa memenagi banyak pertandingan diperingkat antarabangsa dan untuk pengetahuan anda semua, tidak ramai Chef di Malaysia yang pakar dalam pembuatan coklat dan kelas membuat coklat amat jarang ditawarkan.
Selain dari itu, semua para peserta akan mendapat sijil pengiktirafan dari International Hotel Management Institute, Switzerland. Yang paling penting, semua coklat yang diajar adalah HALAL.
Kepada Shar & Yana, saya boleh benarkan anda untuk mengikuti 4 sesi sahaja kalau anda nak dan bayarannya ialah RM400.00 untuk setiap sesi. Hubingi saya jika berminat: \n This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it '> This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Wassalam
written by lovelyn janta, January 25, 2009
written by betty, January 29, 2009
written by che embun, January 29, 2009
written by melur, January 30, 2009
written by Chef Zam, February 02, 2009
Terima kasih atas komen-komen membina dari anda semua.
Che Embun, kalau berminat boleh. Hubungi saya di (03) 7728-8123 samb. 414 atau \n This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it '> This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Melur, setakat ini belum lagi. Inshallah akan diusahakan nanti kalau permintaannya tinggi.
written by zara, February 02, 2009
written by chef zam, February 02, 2009
Boleh buat 3 instalments tapi kena kasi post-dated cheques on the first day . Memang le mahal sikit tapi ini professional course. Sila rujuk kepada jawapan saya diatas mengenai kursus ini dan kenapa ianya mahal.
Thanks
Chef Zam
written by Nor Azlin, February 04, 2009
written by zara, February 04, 2009
dan selepas ni ade buat lagi x?
written by Chef Zam, February 05, 2009
Anda akan diberikan satu set starter kit yang mengandungi peralatan asas. Chef Amer jugak akan membawakan bahan-bahan tambahan jika ada yang berminat untuk membeli dan membuat sendiri dirumah nanti. Saya akan cadangkan senarai kedai-kedai yang ada menjual bahan-bahan yang diperlukan. Jangan risau. Datang je
Untuk pengetahuan anda, inshallah kita akan adakan lagi nanti tapi belum tahu tarikhnya sebab agak susah nak dapatkan Chef Amer ni. Saya dah booked dia sejak tahun lepas lagi dan tahun ini baru dia kelapangan.
written by noor, February 05, 2009
written by nani, February 08, 2009
kalau ada CD cara membuat coklat saya pun Insya Allah nak beli. mahal sangat kursus tu..
next time buat lah kursus dg coklat lokal pulak. mesti lebih murah kan cost dier...
thanks.
written by suriya, February 09, 2009
intensif 1 atau 2 hari ?
written by sayha, February 10, 2009
nk ikut tp harga yuran....ya allah...
written by Rizz, February 10, 2009
written by ummi, February 12, 2009
sorry eh..!! kureng skett arr cokelet nie
so, nk komen tu...kena p k lah..
written by Chef Zam, February 12, 2009
Pengumuman: KDU akan menganjurkan kursus menghias kek selama 2 hari bermula 7hb March 2009 dari 10am-5pm. Harganya RM950.00. Saya akan update details nya nanti.
Wassalam..
written by safura, February 17, 2009
tp yuran 2 quite mahal laa..
written by siti zuleha, February 18, 2009
written by nissa, February 19, 2009
written by Chef Zam, February 23, 2009
Chef Amer akan menjawab semua persoalan anda dikelas itu nanti. Saya akan umumkan pusingan kedua bila kami tetapkan tarikh barunya kelak. Untuk update, sila layari www.kdu.edu.my/h&tshortcourses
Wassalam
Chef Zam
written by atfan, February 24, 2009
Bila pandangan je coklat tu memang sedap. Memang saya berminat sangat. Tapi kos nya amat tinggi. ada juga tempat nye murah cuma RM220 je.. nak katakan peralatan tu dan bahan memang le mahal tapi peralatan tu, rasa dah balik modal oleh KDU. Boleh tak chef zam buat kat tempat yang murah sperti dewan seberguna.. peralatan bawa yang simple je..
written by atfan, February 24, 2009
Bila pandangan je coklat tu memang sedap. Memang saya berminat sangat. Tapi kos nya amat tinggi. ada juga tempat nye murah cuma RM220 je.. nak katakan peralatan tu dan bahan memang le mahal tapi peralatan tu, rasa dah balik modal oleh KDU. Boleh tak chef zam buat kat tempat yang murah sperti dewan seberguna.. peralatan bawa yang simple je..
written by Chef Zam, February 24, 2009
Ingin saya katakan disini bahawa kursus yang kami tawarkan ni bukan untuk semua orang. Ianya untuk mereka yang benar-benar berminat dan tahu perbezaan antara kursus yang berharga RM2998 dengan RM220. Untuk pengetahuan awak, dibawah ini saya senaraikan perkakasan dan harga modal yang dibawa pulang oleh setiap peserta:
1. Acuan- RM170
2. Thermometer- RM38
3. Dipping forks- RM39.50
4. Apron- RM18
5. Cutter- RM9
6. Rubber spatula- RM4.00
Total: RM278.50
CAMPUR:
Gaji Chef- RM150/jam x 4 jam x 8 sessions
Belgian couverture chocolates- RM40/kg x 50 kg
Chocolate warmer 3.5 liters- RM2500 x 2 unit
Refreshments- RM4.00/seorang x 8 sessions
Sewa dapur- RM500/hari x 8 hari
Student helpers- RM50/hari x 2 orang x 8 sessions
Macadamia nuts- RM78/kg x 5 kg
Almonds- RM43/kg x 5kg
Dried cranberries, Apricots, walnuts, pure cocoa butter- RM-+400
Praline
Compound chocolates
Notes & recipe printings
Scapers, palette knives, offset spatulas, trays, bowls, parchment papers, boxes
Large Moulds- RM206 x 15
Medium moulds- RM170 x 15
Advertisements (The Star)- RM3,500/half page x 3 inserts
Dan lain-lain kos
Jadi, kalau awak dapat kelas RM220 yang menyediakan segala yang sama seperti kami, saya pun boleh cadangkan pada students saya supaya ke sana. Kalau boleh awak tolong saya carikan dewan serbaguna yang ada aircond yang bagus dan kelengkapan, saya sanggup adakan di sana.
Chef Zam
written by Rizz, February 24, 2009
Cayalah....I tau ada tempat murah, tapi as you said...totally agree with you.
written by dla, March 01, 2009
saya pun betul2 berminat utk join course ni tp yuran dia terlalu mahal utk saya...ada x cara lain utk membayar yuran nyer...saya tau ramai yg nak sertai course ini tp ia nyer mahal...kalau harga nye murah saya pasti ramai yang akan menyertai nyer...dr sini juga kita blh menambah bilangan org islam yang boleh buat coklet yang dh tentu nyer halal...saya harap chef zam dapat mencari altenatif lain berkenaan bayaran nyer...
tq
written by Chef Zam, March 02, 2009
Inshallah saya akan usahakan & bagitau semua nanti.
Chef zam
written by nissa, March 03, 2009
Saya dah email Chef Zam.
written by Chef Zam, March 03, 2009
Saya dah simpan your e-mail address. Nanti bila dah confirm date untuk pusingan kedua, saya akan bagitau
Chef Zam
written by AzlinaOsman, March 04, 2009
Saya nak cadangkan Chef Zam adakan kursus ni di johor Bahru bekerjasama dengan Kolej Komuniti..rasanya sewanya lebih murah...& saya bole approach Kolej Komuniti nie...
Thanks
written by Masniza Binti Zainol, March 17, 2009
Saya memang minat sangat nak buat chocolate buatan sendiri dan bersedia nak belajar...tapi saya terpaksa bekerja pada hari sabtu pulak...susahnya.
written by CtAzura, March 28, 2009
Saya sedang BerJIMAT untuk simpan duit sebab nak sangat belajar buat chocolate nie..
Azam saya nak buka "Kios Chocolate".
Harap chef akan adakan class ni lagi..
Tq..
written by ayang, April 23, 2009
written by ayang, April 23, 2009
written by Chef Zam, May 04, 2009
Kelas coklat ini akan dimulakan lagi selama 4 hari iaitu pada 30, 31 May dan 6,7 June 2009 bermula pada pukul 8am - 4pm. Yurannya masih sama RM2,998.00 termasuk semua peralatan dan bahan-bahan. Anda pasti akan berpuas hati dengan ilmu dan hasilnya nanti.
Kepada sesiapa berminat, sila hubungi saya di \n This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it '> This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau talifon (03) 7728-8123. Tempat terhad, jadi sila daftar awal.
Terima kasih
Chef Zam
written by asha, May 26, 2009
Saya berminat sangat nak buat coklat ni, tp buat masa ni tak mampu lagi nak sediakan yuran sebanyak tu. Cuma saya nak tau bila lagi kelas coklat Chef Amer akan diadakan dalam tahun 2009 ni? Mudah-mudahan duit yang dikumpul cukup. Area Shah Alam lah ye
Terima kasih.
written by emil, July 08, 2009
written by az, July 19, 2009
Saya berminat untuk belajar membuat cokelat. Namun begitu, saya bekerja dan tinggal dipantai timur, sedikit kesulitan untuk saya mengikuti kursus yang telah dibuat oleh KDU sebelum ini. Oleh itu saya berharap sekiranya chef dapat aturkan juga kursus membuat cokelat secara intensif dalam waktu cuti sekolah. Harap chef dapat pertimbangkannya kerana saya rasa ramai yang ingin mengikutinya tetapi tidak kesampaian kerana disebabkan oleh kekangan masa dan wang. Sekian. Terima kasih chef.
written by anyyss, August 16, 2009
cuma nak tanya....
camne nak dptkn cocoa butter???
dah puas cari...xjumpa
| < Prev | Next > |
|---|



tapi... mahai bebenor la pulak yurannyer tu...