1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Lazatnya masakan Restoran Intai Intai

User Rating: / 10
PoorBest 

Malam minggu lalu Lesung Batu sempat singgah di Restoran Intai-Intai di MRR2, Ampang, Kuala Lumpur. Tempatnya tersorok sikit sebab terletak di belakang pusat servis dan showroom kereta Honda dan jenama-jenama lain.

Lesung Batu makan bersama kawan-kawan. Sebenarnya pada hari itu Lesung Batu diet, tapi tergoda dengan masakan Thai yang disediakan membuatkan Lesung Batu terpaksa lupakan diet seketika.

Maklumlah lama sudah tak menjamah masakan Thai ni. Apabila terhidang kari hijau daging, ikan talapia masak sos Thai, udang masak petai dan kerabu pucuk paku, selera mula membuak dan tak dapat nak tahan.

Chef restoran itu memang orang Thai. Ada orang bangsa Thai yang berasa dari Kedah. Bersungguh-sungguh tuan kedai itu cari tukang masak kerana mahu menyajikan masakan Thai yang sangat istimewa.

Selain hidangan yang sedap, suasana juga sungguh privasi, ibarat makan di tepi hutan sebab restoran itu dikelilingi kehijauan dan ada tasik di tengah-tengahnya.

Lesung Batu memanglah sukakan masakan Thai sebab memang ada darah Thai dari sebelah datuk. Sebab itulah agaknya kalau tak pedas macam tak terasa masakan yang dihidangkan.

 

 

Comments (2)Add Comment
0
location restoran
written by madina, July 29, 2009
location?bg la hint or landmark rest. nie...
0
Click Link Intai-Intai
written by Abdul Ghani Abdullah, July 29, 2009
Lokasi:

http://www.wikimapia.org/#lat=3.1708648&lon=101.755811&z=18&l=0&m=b

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk