1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Chef Kamarul Di Gold Coast

User Rating: / 32
PoorBest 

Masih ingat dengan chef selebriti, Chef Kamarul Hasni yang pernah menghoskan rancangan Seribu Citarasa Baba’s, Inspirasi Koko, dan juga ala Carte? Chef dan juga pensyarah di UiTM (Pulau Pinang) ini kini  telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Hospitality and Foodservice Management, Department of Tourism, Leisure, Hotel & Sport Management,Griffith University, Gold Coast, Australia.dan membuat penyelidikan khusus tentang – Ethnic Restaurant (Consumer Behavior) bagi peringkat Doktor Falsafah selama tiga  tahun.

"Bidang penyelidikan saya berkisar tentang perilaku pelanggan terhadap restoran berkonsep etnik. Di antara restoran yang termasuk di dalam kajian saya ialah restoran Malaysia, India, Cina, Jepun dan Thailand. Secara ringkasnya saya cuba memahami apakah motivasi utama pelanggan ke sesebuah restoran itu. Apakah faktor-faktor penyebab yang mempengaruhi keputusan mereka. Diharap hasil kajian saya ini akan digunakan oleh para pengusaha restoran berkonsep etnik dan juga ahli akademik lain di seluruh dunia."

"Idea penyelidikan ini bermula dari pengumuman kerajaan Malaysia yang memperkenalkan ‘Malaysian Kitchen, Truly Asian’ yang telah diwujudkan di London dan di Jepun baru-baru ini. Saya bernasib baik kerana berjaya mendapatkan penasihat (supervisor) yang sangat terkenal di dunia di dalam bidang ini (consumer behavior in hospitality industry) iaitu Profesor Beverley Sparks juga dibantu oleh Dr Anoop Pathiar. Profesor Beverley Sparks sangat dikenali kerana banyak menghasilkan journal-journal yang berkualiti tinggi selain antara tenaga pengajar yang paling senior dan berpengaruh disini. Ramai anak-anak  didik beliau kini menjawat jawatan yang hebat-hebat di seluruh dunia. Kejayaan mendapatkan persetujuan beliau untuk membimbing saya di dalam penyelidikan ini juga merupakan kejayaan peribadi saya," kata perantau yang berasal dari Pulau Pinang ini.

Comments (19)Add Comment
0
Teruskan Perjuangan Anda
written by Mama Mi, November 11, 2008
Teruskan niat murni dan cita-cita suci untuk terus menimba ilmu.
Selamat belajar dan mencurah ilmu kepada anak bangsa.
Semoga chef menjadi idola kepada bakal2 chef di M'sia untuk tidak berhenti menimba ilmu.
0
impi mahu jd chef gak
written by future dr.rohana, November 18, 2008
dulu salah satu cita-cita sy mahu jd chef gak, tp disebabkan tidak tahu macam mana nak lanjutkan pelajaran ke bidang masakn ni, sy memilih bidang yg femes, iaitu kedoktoran.plus, sy juga ragu-ragu adakah bidang ini boleh menjamin kehidupan sy. sy suka masak coz sy leh masukkn apa saje bahan yg sy nk mkn asalkan sedap,no regulations. hope one day, sy leh belajar msk lg. insyaAllah...to all Malaysian chef,all da best,,teruskan usaha mengharumkan nama Malaysia.
0
good luck chef kamarul
written by atiqah, December 24, 2008
wa chef kamarul buat PhD. Respek giler! good luck chef! jangan lupa terus buat program TV tau, kitaorg semua minat kat chef.

ps/Suka tengok chef kamarul @ ala carte & akademi babas
0
cngrtltion chef kamarul
written by wanie, December 27, 2008
mga success dlm bdg y chef ceburi
0
terima kasih
written by chef kamarul, December 29, 2008
Salam dan selamat sejahtera semua

"Terima kasih atas ucapan2 yg diberikan. Doakan kejayaan saya di perantauan nie.Jangan lupa terus saksikan Akademi 1001 Rasa Babas, Inspirasi Koko 3 dan akan datang Makan Tapi Diet".

chef kamarul
0
congrate n moga scess sllu
written by nurul , January 07, 2009
sya bdk fakulti pgurus hotel n plncongan kat uitm penang.... smilies/tongue.gif...ska aaaa tgk chef hndle rncgn mskn 2 dlu...hope sy pon leh scess cam chef gak.... smilies/grin.gif
0
Congats....
written by nisa, January 09, 2009
Salam...
Salam sejahtera kepada En. Kamarul(dah biasa pggl en, instead of chef). sy x-student uim shah alam for class DCA 2001. Bangga gler r ngan kjayaan En Kamarul skang nih. Gud luck keh...
0
Chef Kamarul Di Gold Coast
written by bob tancik was here, January 10, 2009
Memasak adalah satu bidang yang saya minati malah 2 orang anak saya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di INTI college. Kejayaan chef-chef ternama menjadi inspirasi kepada mereka.
Selamat maju jaya chef Kamarul, Kamu menjadi sunber inspirasi kepada anak-anak saya.
0
selamat maju jaya kepada chef
written by aty, January 23, 2009
salam..saya ucapkan selamat maju jaya kepada chef.. saya suka tonton akademi 1001 rasa babas..pendapat saya program tu patut diteruskan.
Chef,sebagai bekas pekerja di salah sebuah hotel di Port Dickson,saya sendiri merasa patut adanya lebih ramai chef-chef muslim yang lebih berkaliber dan mempunyai idea2 bernas dan terkini. Patut sahut cabaran untuk menyediakan makanan HALAL dan bersih kepada semua pelanggan (Muslim) di hotel2 dan juga restaurant2 berjenama.
Harapan saya chef boleh sahut cabaran ini. Terima kasih.
0
...
written by arman, February 03, 2009
bagus la .. saya bangga anak melayu berjaya macam ni.. selama ni kita ada chef wan jer.. ni sorang lagi anak melayu jadi kebanggaan bangsa malaysia..
kepada sesiapa yg nak jadi chef bukan sekadar pandai masak aje..costing , food quality, taste dan macam2 lagi kena tau.. baru la boleh jadi chef yg bagus .. bukan hebat.kerana ramai lagi yang hebat2 diluar sana.
0
Wah
written by SYED MUZAFFAR SHAH, February 12, 2009
Assalamualaikum Acik...

Waa...sudah buat PHD skrg....tahniah...satu class will be proud of u tau.
Munawir N puan mesti bangga tgk kejayaan student diaorg yg satu ni.
So how 's life...mana pegi classmate yg lain ya.

Syed Muzaffar Shah
DCT Dungun
0
mr
written by dj demarco, March 16, 2009
wish u all the best chef...
0
dari klang
written by fairus, March 27, 2009
salam chef kamarul,

camaner study? harap semua berjalan lancar. kirim salam pada isteri.

-fairus-
ex-uitm penang
phd student, uitm shah alam
0
ok
written by wow gold, April 02, 2009

welcome to wow power leveling and wow power leveling wow power leveling
0
Tahniah
written by Mohamad Ishak Bin Abdul Rahman, May 11, 2009
Assalamualaikum Chef. Saya ingin mengecapkan tahniah kepada Chef kerana menyambung pengajian di peringkat Phd pulak. Semoga Chef berjaya. Amin.
0
terima kasih
written by Chef Kamarul, July 13, 2009
salam dan selamat sejahtera

Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan. Jangan lupa saksikan Diet @ Ramadhan di RTM pada bulan puasa ini. Nantikan juga buku terbaru saya Dapur Xpress yang bakal berada di pasaran hujung Ogos ini, InsyaAllah.

Salam dari Gold Coast, Australia
0
...
written by Mama Ibu Umi Emak, July 21, 2009
Alhamdullillah, and Tahniah buat Chef Kamarul. Sessungguhnya Chef membuktikan bahawa bidang masakan juga perlu kepakaran, dan apa jua bidang yang kita ceburi, nawaitu yang ikhlas akan sentiasa mendapat keberkatan Ilahi. Bukan saje bidang2 professional harus dipandang penting (bak cite Ibu Mertua Ku - siapa dia, 'magistrate, lawyer, doktor'), setiap bidang sesungguhnya ada ke'ISTIMEWAAN' nye sendiri dan memerlukan kepakaran tertentu.
Syabas Chef, dan sesungguhnya kami berdoa akan kejayaan Chef.

0
...
written by Chef Kamarul, October 04, 2009
Terima kasih pada Mama Ibu Umi Emak dan semua yang menyokong saya. Kalau ada kesempatan silalah melawat saya di http://chefkamarul.blogspot.com/
0
...
written by chef kamarul, November 06, 2009
salam dan selamat sejahtera semua.

Dijemput melawat saya di website official che kamarul

www.chefkamarul.net

terima kasih

smilies/cheesy.gif

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk