1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Kepingan Limau Berkelapa

PDF Print E-mail

User Rating: / 92
PoorBest 

Kepingan Limau Berkelapa

BAHAN-BAHAN:

1 cawan kelapa parut manis (tin)

1 1/2 cawan tepung serba guna

1/2 cawan gula aising

1 1/2 cawan mentega (unsalted)

1/2 cawan susu cair

6 biji kuning telur

1 cawan air perahan limau nipis

4 sudu kecil parutan kulit limau nipis

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kelapa parut dibakar dalam oven hingga perang selama enam minit.

2. Satukan tepung dan gula. Tuangkan separuh daripada kelapa bakar tadi.

3. Masukkan mentega dan gaul sebati sehingga ia menjadi seperti serbuk

4. Terapkan adunan ke dalam loyang yang nipis dan tekan-tekan hingga mampat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180oC.

5. Setelah masak biarkan ia sejuk.

6. Satukan pula kuning telur dan susu cair. Pukul sehingga sebati.

7. Kemudian tuangkan perahan air limau dan parutan kulit limau.

8. Tuangkan di atas adunan yang dibakar tadi dan taburkan lebihan kelapa bakar tadi. Bakar lagi selama tujuh minit.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk