Hidangan Biskut
Skon Aprikot Pisang Beryogurt

Bahan-bahan:
25 gm buah-buahan campur
2 keping pic - dicincang
2 biji prun tanpa biji - dicincang
50 gm/ 1 biji pisang berangan - dilecek
75 gm oat halus
200 gm tepung naik sendiri
Sedikit serbuk rempah campur
50 gm mentega
65 gm gula perang yang lembut
150 gm yogurt tanpa perasa
45 ml susu segar
3/4 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit vanilin
Cara Menyediakan:
1. Ayak tepung dengan serbuk penaik, campurkan oat dan gaul rata.
2. Buat lubang di tengahnya dan campurkan dengan mentega, ramas dan gaul dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula diikuti buah-buahan kering, rempah dan vanilin, gaul rata.
3. Di dalam mangkuk kecil, satukan susu bersama yogurt dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan di atas, gaul dengan spatula. Biarkan selama 5 minit agar bijirin menyerap cecair.
4. Keluarkan di atas permukaan rata yang ditabur tepung dan uli perlahan. Bahagikan kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian canai perlahan setebal 1.5 cm, sapu susu dan gulung kemudian potong dengan pisau tajam.
5. Aturkan ke dalam dulang pembakar yang digris, ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis. Bakar hingga masak di dalam ketuhar yang panasnya 230 darjah Celsius.


