1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Cabaran Memasak Saji & Adabi 2010 Bermula!

User Rating: / 0
PoorBest 

Setiap peserta yang menyertai Cabaran Memasak ini diwajibkan menyediakan dua jenis masakan berasaskan aneka manisan bertemakan Sajian Warisan Saji dan rendang Sajian Istana Adabi.

Aktiviti memasak ini bukan sekadar menguji minda dan kreativiti peserta, sebaliknya dapat melahirkan lebih ramai chef-chef berbakat untuk diketengahkan di masa akan datang.

Idea untuk menghidupkan kembali sajian warisan hidangan tradisional ini, seharusnya disahut oleh generasi baru agar tidak luput dari ingatan.

Jika berminat untuk menyertai cabaran ini, penyertaan masih dibuka. Anda boleh menghubungi sidang redaksi Saji atau Laila di talian 03-89262999 (samb.457/423/454/455) untuk keterangan lanjut.

Peserta akan dikenakan bayaran RM 30 setiap seorang dan akan menerima percuma langganan majalah Saji selama enam bulan. Bayaran tunai boleh dibuat atas nama Utusan Karya Sdn.Bhd. di nombor akaun 514048621024 (Maybank).

Kalau ternyata anda berbakat dan memenangi tempat pertama, anda akan membawa pulang wang tunai RM500, hamper Adabi dan cenderahati Saji. Pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai RM300, hamper Adabi dan cenderahati Saji. Manakala tempat ketiga pula turut menerima wang tunai RM150, hamper Adabi dan cenderahati Saji. Bagi yang tidak berjaya, usah bimbang kerana hadiah sagu hati seperti hamper Adabi dan cenderahati Saji akan disediakan.

 

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk