Chef Harun terbit buku masakan
Buku masakan tulisan chef terkenal mendapat sambutan menggalakkan. Sebab itu kita lihat banyak buku tulisan mereka di pasaran. Seorang demi seorang pakar memasak menulis buku resipi untuk berkongsi ilmu memasak dengan pembaca.
Chef Harun turut tergerak berkongsi resipinya apabila muncul dengan buku masakan Pembuka Selera Kerabu. Aneka kerabu resipi yang diwarisinya dimuatkan dalam buku yang dijual dengan harga RM20 senaskhah itu.
"Saya memulakan buku dengan menurunkan resipi kerabu sebagai pembuka selera. Bagi peminat kerabu boleh mendapatkan buku ini di kedai buku berdekatan anda," kata Chef Harun.
Dia sendiri akan memasarkan buku tersebut apabila diundang mengadakan demonstrasi memasak di seluruh negara. Sambil mengadakan demonstrasi, peminat boleh mendapatkan buku resipi tersebut. Ia akan memudahkan pembeli yang tiada masa untuk ke kedai buku.

written by Shairan, October 07, 2009
Tahniah kerana berjaya menerbitkan buku masakan tersebut..
ingat lagi tak kat saya ..rakan Sek Men Seri Tanjung..
| < Prev | Next > |
|---|



Saya berminat utk belajar memasak dan menjadi seorang chef suatu hari nanti. Bolehkah saya belajar dengan chef? Harap dapat hubungi saya.