Kemeriahan berbuka di Sunway Resort Hotel
Oleh: ROSLI MANAH
Foto: FATAH SULAIMAN
Apabila masuk bulan Ogos ini masing-masing pasti sudah tidak sabar menunggu datangnya bulan Ramadan yang dijangkakan pada 22 Ogos ini. Apabila ada puasa, adalah juga berbuka puasa.
Hotel-hotel sudah mula membuat promosi juadah berbuka puasa untuk menarik pelanggan dan memberi kemudahan kepada pelanggan yang tidak sempat pulang untuk berbuka di rumah.

Baru-baru ini pihak pengurusan Outdoor Terrace of Sun & Surf Cafe, Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya mengadakan preview juadah Ramadan kepada pihak media. Walaupun belum masuk bulan puasa, namun suasanya mula dirasakan.
Hotel itu menyajikan aneka juadah berbuka puasa daripada yang tradisional seperti lepat, ayam percik, ikan bakar, lemang, ketupat, dodol dan aneka kuih sehingga juadah Barat bagi yang ingin menikmati rasa kelainan dalam berbuka puasa.

Ketupat pun ada.
Pelanggan akan disajikan dengan 300 jenis juadah. Ia juga membawa juadah istimewa dari Atrium Cafe dan Avanti Italian-American Risrorante. Juadah berbuka akan dimulakan pada 21 Ogos hingga 19 September 2009.
Lazat kan?
Rendang pun ada juga

| < Prev | Next > |
|---|


