1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Kebab Kentang Ayam Keema

PDF Print E-mail

User Rating: / 139
PoorBest 

Kebab Kentang Ayam Keema

BAHAN-BAHAN:

500 gm kentang

1 labu bawang besar (cincang)

2 tangkai cili merah (cincang)

2 sudu besar daun ketumbar (cincang)

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil serbuk kari

Sedikit minyak masak

2 biji telur

Garam

BAHAN A:

100 gm isi ayam

1 sudu besar bawang (potong dadu)

1 sudu kecil halia (cincang)

1 sudu kecil bawang putih (cincang)

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu kecil serbuk cili

Sedikit minyak sapi

Garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk inti, panaskan minyak sapi dan tumiskan kesemua bahan A sehingga kekuningan. Setelah masak angkat dan asingkan.

2. Rebus kentang bersama kulit sehingga empuk. Setelah empuk, lecek kentang dan gaulkan dengan bawang besar, cili merah, daun ketumbar, serbuk cili, serbuk kari dan garam. Gaulkan sehingga sebati.

3. Bulatkan adunan kemudian leperkan dan lubangkan bahagian tengahnya. Masukkan bahan inti yang telah disejukkan. Selepas itu celupkan ke dalam bancuhan telur. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk