1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Gegelang Keladi Ayam Sze Chuan

PDF Print E-mail

User Rating: / 52
PoorBest 

Gegelang Keladi Ayam Sze Chuan

BAHAN GEGELANG KELADI:

300 gm keladi (rebus & lenyek)

100 gm tepung tang min

50 gm marjerin

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

Sedikit rempah empat sekawan

BAHAN AYAM SZE CHUAN:

300 gm isi ayam (potong dadu)

3 tangkai cili kering

30 gm capsicum (potong dadu)

2 cm halia

2 tangkai cili merah (potong dadu)

Sedikit tepung jagung

BAHAN PERASA:

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

1/2 sudu kicap cair

1 sudu kecil kicap pekat

200 ml air stok ayam

1/2 sudu kecil gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan gegelang keladi dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian uli selama lima minit.

2. Kemudian bentukkan seperti gelang. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan. Angkat dan tuskan.

3. Kemudian tumiskan semua bahan ayam sze chuan kecuali isi ayam sehingga wangi. Masukkan isi ayam pula dan goreng seketika.

4. Selepas itu, masukkan sos tiram, sos cili, kicap cair, kicap pekat, air stok ayam dan gula. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga ayam empuk. Setelah masak, angkat dan tuangkan ke dalam gegelang keladi yang telah siap digoreng tadi.

Comments (0)Add Comment

Write comment
You must be logged in to post a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 

Daftar Masuk