Skip to Content

Monday, June 26th, 2017
FATTY CRAB HALAL!!!

FATTY CRAB HALAL!!!

Saji Online

Wow, sahih ke ni? FATTY CRAB HALAL?

Selama ini SAJI difahamkan, restoran popular sekitar Lembah Klang yang menyajikan Fatty Crab bukan milik muslim, namun disebabkan keenakan melampau, semua bangsa datang berkunjung untuk menikmatinya.

Berita baik bagi penggemar hidangan laut terutamanya ketam segar dan ikan segar, kini ada Ibrahim Fatty Crab yang menawarkan seleksi hidangan ketam yang cukup menyelerakan dengan jaminan 100% HALAL dan milik bumiputera.

PEMILIK BERSAMA BARISAN PEKERJA YANG KACAK BERGAYA

Menurut pemilik, Mohd Faizal b Fadzil, resipi yang digunakan dalam masakan diambil sepenuhnya menggunakan resipi asal dengan menggunakan bahan masakan halal.

“Kami menggunakan khidmat chef berpengalaman dalam masakan cina untuk mengekalkan originaliti. Tiada apa yang diubah untuk mengikut tekak orang Melayu. Pelanggan datang ke sini untuk merasai hidangan Cina Muslim dan itulah yang akan kami hidangkan,” ulasnya.

Baru beroperasi selama 6 bulan, Ibrahim Fatty Crab mendapat sambutan luar jangkaan kerana satu menu, masakan Mongolian. Cukup menjilat jari. Salutan sos Mongolian yang menyaluti segenap sudut ketam, fuhhh, anda bayangkan sendiri.

SAJI – Mongolian Crab sedapnya memang dahsyat. Lagi best kalau korang order French Crab, ketam ni memang kaya dengan telur yang maha sedap. Bila sos Mongolian yang sedap kuasa dua berpadu dengan kelazatan French Crab, SAJI hanya mampu melelehkan air liur bila kenangkan kembali pengalaman indah tu.

 

CHILI CRAB – WAJIB ORDER. SEDAP GILER.

Dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang untuk mengelakkan kehabisan stok. Maklumlah, segala hidangan adalah segar daripada ladang.

Tidak perlu SAJI memberi ulasan panjang lebar mengenai kehebatan dan kelazatan menu yang terhidang. Satu perkataan cukup untuk merangkumi semuanya. – TERBAIK 10 BINTANG –
HARGA? Tak perlu risau. Murah dan berbaloi dengan apa yang terhidang di atas meja.

TIRAM SEGAR DENGAN SOS ISTIMEWA

UDANG OAT

BROKOLI CRABMEAT

SIPUT BULUH KAM HEONG

STIM ASAM

SOTONG TELUR ASIN – TAK SAMPAI 5 MINIT DAH LICIN.

FOTO : MUHAMMAD AMIR ZULFAKAR

Previous
Next