Skip to Content

Saturday, August 19th, 2017
BAHANA KEK BAJET RM1.00

BAHANA KEK BAJET RM1.00

Saji Online
by April 17, 2017 Saji Singgah

Amboiii…nak makan kek sedap tapi nak murah je kan? Bukan main korang ya.

Tapi SAJI faham dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, sebagai pengguna kita mahu meminimumkan penggunaan duit dan memaksimumkan kepuasan.

Dan disebabkan itu, Maneh Warisan mengambil inisiatif membuka kelas membuat kek bajet RM1.00. Tujuannya, supaya semua dapat merasa kelazatan kek ini dan usahawan pula dapat menjana keuntungan daripada peluang yang datang. Win-win situation.

Kosnya cukup murah, bak kata Chef Saiful Azli Suhaimi, kelas amal jariah. Mana tidaknya, 10 resipi kek bajet diajar dengan hanya RM250.00. Malah, segala kos dan teknik pemasaran turut diajar bagi yang baru memulakan perniagaan. Tiada sebarang asas membuat kek? Tak perlu risau.

“Selalunya kami akan terus berikan tunjuk ajar selepas kelas. Pelajar bebas bertanyakan sebarang kemusykilan berkenaan resipi dan cara-cara membuatnya. Kami berikan segala ilmu dan tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia yang menjayakan sebarang menu.”


Menurut pemilik, Eami Said, kelas ini diadakan untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan tambahan. Setiap kelas dihadkan hanya kepada 10 pelajar agar segala ilmu dapat disampaikan secara menyeluruh dan maksimum.

Jika anda berada di luar Lembah Klang, tak perlu khuatir. Maneh Warisan turut mengadakan kelas Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) dan kelas masakan mengikut permintaan. Terbaharu, berita baik bagi penduduk sekitar Kota Tinggi Johor, Maneh Warisan akan mengadakan kelas Kek Bajet RM1.00 pada 28 dan 29 Januari 2017.

Berminat untuk belajar resipi Brownies Oh-Sem, Nona Manis dan Kuih Melayu dengan hanya RM40.00? Chef juga akan memberi kejutan dengan pelbagai resipi tambahan tanpa bayaran tambahan. Cepat-cepat hubungi 018-2328499 (Eami Maneh Warisan).

FOTO : SYAFIQ AFFENDY

Previous
Next