ANEKA CITARASA DI BIDOR STATION KOPITIAM

Foto: Mohd Zulfaiz Zakaria & Muhammad Amir Zulfakar

Menikmati hidangan yang disediakan di restoran Bidor Station Kopitiam, tidak keterlaluan dinyatakan semua hidangan yang ditawarkan sedap dan enak. Restoran yang terletak di Taman Seri Taming, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur ini menawarkan pelbagai seleksi makanan dan minuman untuk memenuhi selera pelanggan yang berbeza.

Mula di buka pada November 2009, restoran yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Azhari Ahmad Rusran dan Suryani Kamarudin ini menampilkan makanan Melayu, barat, mee, dan macam-macam lagi pada harga yang berpatutan.
“Di sini kami menyajikan pelbagai rangkaian makanan dan minuman kepada para pengunjung. Untuk itu secara tidak langsung ia turut memudahkan para pengunjung terutama yang datang satu keluarga.

“Setiap orang pasti mempunyai keinginan berbeza dan tidak semua ingin menikmati hidangan yang sama. Bidor Station mempunyai menu untuk seisi keluarga yang pasti memenuhi keinginan pelanggan tidak kira umur.Apa yang pasti, di sini kami menyajikan yang terbaik buat anda,” ujar Azhari.

Boleh memuatkan seramai 70 orang pelanggan pada satu-satu masa, keistimewaan restoran Bidor Station Kopitiam adalah menu masakan Melayu kampung yang menampilkan ikan kembung rebus goreng dan penggunaan ulam daun kemanggi bersama menu seperti Nasi Gulai Kemanggi Ayam, Nasi Goreng Bidor, Nasi Ulam Ringgo, Nasi Kemanggi, Nasi Goreng Kemanggi dan macam-macam lagi.

Bidor Station turut menawarkan hidangan barat yang amat menyelerakan kepada pelanggan seperti Fish & Chips, Swedish Meatballs, Salmon Butter Lemon, Crispy Chicken Chop, Grilled Chicken Paradise, Lamb Chop Black Pepper, Beef Special Black Pepper dan macam-macam lagi.

Untuk penggemar mee pula, terdapat pelbagai pilihan mee ditawarkan seperti Mee Kari Special, Laksa Bidor, Mee Bandung, Special Spring Noodles, Special Korean Noodles, Mee Hailam, Mee Udang Bidor, Mee Sup Utara, Sticky Fujiyami Noodles dan macam-macam lagi.

Bidor Station Kopitiam turut menyediakan pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman. Lempeng di Bidor Station sering menjadi pilihan pelanggan seperti Lempeng Lemak Manis, Lempeng Pisang, Lempeng Kelapa, Lempeng Mat Saleh dan Lempeng Ais Krim.


Minuman yang popular dan sering menjadi pilihan pelanggan pula adalah Blue Lagoon Pop, Coconut Shake, Lovely White Coffea, Bandung Three Layer, Three Layer Tea, Blue Banana Sherbet dan macam-macam lagi.

Jadi, buat anda yang ingin merasai sajian unik yang disediakan Bidor Station Kopitiam boleh kunjungi restoran yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Pasti anda tidak akan kecewa.
Bidor Station Kopitiam
No. 12, Jalan Seri Taming 1e,
Taman Seri Taming,
Batu 9 Cheras,
Kuala Lumpur